Calie ker?
Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..
"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos
Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...
Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"
============================================================
Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.
Ayah Azam: Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu menuduh begitu?
Pengetua: Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.
Soalan: Namakan salah seorang sasterawan negara?
Jawapan Azim: A. SAMAD SAID
Jawapan Azam: A. SAMAD SAID
Ayah Azam: Laa... jawapan yang sama begitu, sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini. Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.
Pengetua: Baik, cuba encik lihat pula soalan kedua ni.
Soalan: Di mana A. Samad Said dilahirkan! ?
Jawapan Azim: SINGAPURA
Jawapan Azam: SINGAPURA
Ayah Azam: Seperti yang saya katakan tadi, jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan. Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.
Pengetua: Kalau begitu, jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.
Soalan: Namakan salah satu novel agung karya A. Samad Said?
Jawapan Azim: MAAF, SAYA TIDAK TAHU.
Jawapan Azam: KALAU KAU TAK TAHU, AKU LAGI TAK TAHU!!!!
===========================================================
Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah hotel.....
"Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang lelaki muda yang menghampirinya.
"Apa? masuk ke hotel?" teriak si gadis.
"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya offer nak belanja minuman......" jawab pemuda itu.
"Abang meminta saya menemanimu ke hotel?" teriak si gadis dengan sangat kuat hingga ramai pengunjung lain mendengar.
Merasa ditolak, dengan perasaan malu, lelaki muda itu beringsut dan duduk di sudut ruangan. Semua orang di restoran menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.
Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu.
"Maafkan saya bang. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorang mahasiswi psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia di situasi yang tidak dikehendakinya." gadis itu cuba menerangkan.
Si laki-laki menatap dengan tampang dingin. Kemudian berteriak dengan amat kerasnya, Lalu lelaki itu menjawab dengan kuat "Berapa? Lima ratus ringgit, yang putih melepak pun hanya Rm 100.00 je!!! ?"
Semua org dalam restoran itupun memandang gadis itu sambil menggelengkan kepala dan lebih mencebik sini.
Kesimpulan :
- Tak baik membalas dendam.
- Jangan memalukan org lain walau apapun niatnya.
==============================================
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.
Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
=====================================================

0 comments:
Post a Comment